Seram
5 kawasan “angker” di daerah Tawau Sabah


Penulis: Syahirah S
Setiap penduduk Tawau
mesti pernah dengar celoteh-celoteh mengenai tempat-tempat angker di daerah
Tawau ini kan? Tidak kurangnya, ada juga yang pernah merasai sendiri pengalaman
dikacau ketika lalu di tempat tersebut. Berikut kami bawakan lima kawasan “angker”
yang berada di daerah Tawau. Seram bosku! :-
1. Jalan Utara,
Perkuburan Islamiah
Sumber: World Scouting
Bagi penduduk Tawau, perkuburan ini memang agak
sinonim dan ianya terletak di Jalan Utara. Laluan jalan raya ini memang selalu digunakan
untuk ke Bandar Tawau dan juga Merotai. Banyak perkara mistik diceritakan
berlaku disini, antaranya ialah kenderaan tiba-tiba rosak di tepi jalan kubur
dan ada kelibat wanita berambut panjang selalu melambaikan tangan berdekatan
dengan bulatan masjid raya pada waktu malam. Hmmm, biasalah kan? Kuburan kan
bosku, memang tempatnya benda-benda begitu. Kalau kita lalu disini, kita berdoa
jak banyak-banyak dan sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang sudah
pergi. Moga-moga kita selalu mengingati
mati.
2. Jalan Tiku
Sumber : Google Maps
Seterusnya, Jalan Tiku! Jalan Tiku ni merupakan jalan
yang selalu digunakan oleh penduduk kampung Kongsi 10 dan juga Ranggu. Nah,
siapa tidak tahu yang jalan ni dikelilingi oleh tanaman kelapa sawit kiri dan
kanan. Ketiadaan lampu jalan lagi menyamarkan pandangan pemandu, Haih, manalah
YB ni mahu pasang lampu jalan. Lagilah muncul perasaan seram tu kalau
gelap-gelap. Hari tu, pernah dengar cerita yang di Jalan Tiku ni memang ada
benda suka mengikut-ngikut kenderaan di waktu maghrib dan malam. Eeeee,
seramnya. Baca-bacalah doa sesiapa yang selalu lalu sini tu ya!
3. Taman Bukit Tawau

Sumber: TripAdvisor
Siapa tidak kenal Table? Taman Bukit Tawau atau
dikenali sebagai Table merupakan tempat rekreasi bersama keluarga dan
rakan-rakan ketika hujung minggu. Table ni hutan, dan ya memang kita sedia
maklum makhluk-makhluk ghaib tinggal di tempat sebegini. Sekitar tahun-tahun
terdahulu, Table terkenal dengan cerita tentang penarik-penarik. Cerita ni
femes tiap kali ada kes lemas di sungai. Penarik-penarik ni dikatakan
mengakibatkan kematian (lemas) dengan cara menarik korban ke tempat air yang
lebih dalam. Walahualam. Ini cuma cerita yang pernah didengar. Asbab kematian
itu, cuma Allah S.W.T yang tahu. Apapun, ketika beriadah atau mandi di dalam
sungai kita kena praktikkan ciri-ciri keselamatan, dan jangan pergi ke tempat
yang dalam jika tidak pandai berenang.
4. Perkuburan Katolik, Jalan Apas Batu 6
Sumber : GoogleMaps
Setiap kali menuju ke Lapangan Terbang Tawau, kita
akan selalu melalui jalan ini bukan? Jalan ini dikatakan sangat angker apabila
tibanya waktu malam. Dahulu, pernah tular yang dikawasan ini terdapat “benda”
yang sering melompat-lompat dan menganggu kenderaan yang lalu lalang. Bukan itu
saja bosku, ada juga pernah mengadu apabila lalu di tempat ini kenderaan akan
terasa berat seperti ada yang mengikut di belakang. Fuh! Bergegar lutut.
5. Jambatan Putih, Jalan Kuhara
Sebegitulah
tempat-tempat angker yang berada di Tawau ini, kalau kamu ada pengalaman di
tempat-tempat ini atau tempat yang tertentu, bolehlah kongsikan pengalaman di
ruangan komen. Hati-hati bosku dan jangan takut-takut, apapun terjadi ingatlah
pada Allah S.W.T, Dia-lah yang lagi Maha Berkuasa dari sekalian makhluk.






Post a Comment
0 Comments