Makanan Tawau
5 MAKANAN TAWAU WAJIB BAWA BILA MERANTAU KE LUAR NEGERI
Sudah
menjadi rutin para perantau dari Tawau membawa bekalan makanan sebagai santapan
di negeri orang. Biasalah, mungkin untuk mengubat rindu ataupun makanan
tersebut jarang didapati dimana-mana tempat, lebih-lebih lagi di Semenanjung
Malaysia. Berikut merupakan makanan unik daerah Tawau yang seringkali diangkut
oleh perantau Tawau :-
1. IKAN MASIN
Sumber
foto : Lokayun
Ikan
masin ataupun lebih dikenali sebagai ikan kering boleh didapati dengan harga
yang sangat murah di daerah Tawau. Apa tidaknya! Tawau terletak berdekatan
dengan kawasan laut dan stok ikan masin senang didapati. Aneka ikan masin boleh
dibeli di Pasar Besar daerah Tawau ataupun kini dikenali sebagai UTC Tawau.
Kebiasaannya, ikan masin ini digoreng, dan dicicah dengan air limau kasturi dan
dimakan bersama dengan nasi putih panas. Wah, jangan ada yang lapar bila baca.
Ikan masin akan selamanya menjadi idol bila perut terasa lapar.
2.
IKAN BILIS
Sumber
foto : Gaya Travel Magazine
Siapa
yang tidak tahu kerangupan ikan bilis kalau digoreng boskur? Ya, lebih kurang
juga macam ikan masin, ikan bilis juga tidak ketinggalan dibawa ke negeri orang
apabila pulang dari Tawau. Ikan bilis ni bukan sahaja menjadi kegilaan
orang-orang Tawau sendiri, malahan pelancong-pelancong luar negeri juga turut
bersama memborong ikan bilis apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Yalah, jika dibandingkan dengan harga di luar negeri, pasti lebih
berbaloi-baloi jika dibeli di daerah Tawau. Apa lagi kalau ikan bilis mata
biru? Fuh, lebih ramai peminatnya berbanding kumpulan KPOP BTS. Eh?
3.
AMPLANG
Sumber
foto : Sabah Tourism Board
Amplang?
Amplang merupakan sejenis makanan ringan berasaskan ikan. Kini, amplang boleh
didapati dengan beraneka rasa seperti sotong, udang dan juga ketam. Jadi, kamu
boleh pilih apapun perasa yang berkenan dihati. Apabila pulang ke negeri orang,
jarang penduduk Tawau ketinggalan untuk membawa bekalan amplang ke sana.
Amplang ni sedap dikunyah ketika kau sedang nonton cerita Dilan mencintai
Milea. Rasanya yang krupkrap juga lebih enak apabila dicicah dengan sos cili
umpama Dilan mengatakan kepada Milea dengan kata “Aku rindu, dan kamu harus
selalu tahu itu.”
4.
MEE KUNING KERING
Sumber:
khairati1979
Katakan
apa sahajalah tentang mee kuning ini? Mee kuning inilah yang paling terbaik
jika dibandingkan dengan mee kuning yang berada di negeri-negeri yang lain.
Para perantau dan juga pelancong akan berebut-rebut untuk membeli stok mee
kuning kering apabila ingin menuju ke negeri lain sebagai bekalan bagi
melunaskan rindu. Uniknya mee kuning ini disebabkan sifatnya yang boleh
disimpan lama dan rasanya tidaklah kelat seperti mee kuning basah. Besok-besok
bila sampai ke negeri orang bolehlah buat mee tauhu kan?
5.
MAKANAN LAUT (UDANG, KETAM, LOBSTER)
Sumber foto : SabahBahIni
Siapa
yang tidak kenal betapa murahnya makanan laut di daerah Tawau? Ketam saja boleh
dapat dengan harga RM10 sekilo. Apalagi lobster dan udang-udang yang besar? Ya,
boleh dibeli dengan harga yang sangat murah. Memang rugi para perantau ataupun
pelancong yang tidak bawa balik hasil-hasil laut ini ke negeri lain. Tapi
tulah, jangan pulak kamu bawa muatan berat-berat. Nanti ditangkap kamu oleh
Kastam!
**
Begitulah
serba-serbi makanan daerah Tawau yang selalu dibawa pulang ke negeri-negeri
lain oleh perantau dan pelancong kita. Bukanlah apa kan? Untuk mengubat rindu
akan suasana dan rasa makanan Tawau itu sendiri.
Yalah,
kadang kita sedih dan rindu dengan kampung halaman, tapi kalau kita dapat rasa
makanan dari Tawau sendiri, bolehlah rindu terubat. Bak kata Milea dalam cerita
Dilan “Perpisahan adalah upacara menyambut hari-hari penuh rindu.” Ya, kalau
rindu, bolehlah makan amplang kan?
**
Psst,
kalau kamu ada tahu apalagi makanan daerah Tawau yang selalu kamu bawa ke
negeri lain, cuba bagitahu ya. Bantu-bantu perantau/pelancong kita agar tidak
ketinggalan.
Penulis: Syahirah Selamat
Post a Comment
0 Comments