Tawau Food Bank Inisiatif NGO Tawau Prihatin Bantu Golongan yang Memerlukan Bantuan Di Tawau
TAWAU FOOD BANK merupakan
salah satu inisiatif murni yang diasaskan oleh sebuah NGO tempatan, iaitu Team
Tawau Prihatin. Team Tawau prihatin merupakan sebuah NGO tempatan yang bergerak
aktif dalam menyalurkan pelbagai jenis bantuan kepada semua lapisan golongan
masyarakat yang memerlukan khususnya di Tawau.
Inisiatif ini dilakukan
bagi membantu golongan yang benar-benar terjejas di musim pandemik ini. Usaha
ini turut mendapat perhatian dan liputan media pada 31 Oktober yang lepas.
Sebelum kewujudan Tawau Food Bank, pihak Tawau Prihatin aktif mengagihkan
bantuan dari kampung ke kampung untuk membantu mana-mana penduduk yang
terjejas.
Sekitar pagi tadi, orang
ramai dilihat berbaris panjang di sebuah lot kedai yang menempatkan rak Tawau
Food Bank berdekatan Bataras Hypermarket, hari ini (Isnin, 2 Nov).
Perkara ini menimbulkan isu dalam kalangan penduduk Tawau tentang pematuhan SOP
dan penjarakkan sosial yang berlaku dalam keadaan tersebut.
![]() |
Orang Tawau yang kehilangan pekerjaan dan sumber pencarian datang ke Tawau Food Bank untuk mendapatkan bantuan makanan |
Berikutan itu, pihak Tawau
Prihatin telah memuat naik satu posting untuk menjelaskan keadaan sebenar yang
berlaku.
Terlebih dahulu pihak kami di Tawau Prihatin memohon maaf atas kesesakan ketika pengagihan makanan untuk "Tawau Foodbank". Niat kami hanya untuk membantu saudara-saudara kami yang kehilangan sumber pendapatan semasa PKPB di Daerah Tawau.
Menurut pihak Tawau
Prihatin, mereka tidak menyangka sama sekali kesesakan akan berlaku berikutan
pengagihan barangan keperluan daripada bank makanan yang ditubuhkan oleh pihak
mereka sejak hujung Oktober yang lalu. Seramai 480 buah keluarga yang datang
untuk mendapatkan bantuan dan dalam masa satu jam sahaja agihan dapat
diselesaikan.
Pihak Tawau Prihatin juga menjelaskan bahawa mereka sudah berusaha untuk mengikuti SOP yang ditetapkan oleh KKM dengan sebaiknya walaupun berlaku sedikit kesesakan yang tidak dapat dielakkan. Mereka turut memaklumkan akan berusaha untuk bekerjasama dengan pihak Rela dalam agihan yang seterusnya.
Pihak Tawau Kini berharap agar isu ini tidak melemahkan semangat team ngo Tawau Prihatin untuk terus membantu masyarakat Tawau yang dalam kesusahan. Semoga kejadian ini menjadi panduan untuk sebarang aktiviti pengagihan bantuan seterusnya agar sentiasa kekal mematuhi SOP yang ditetapkan.
Untuk mana-mana individu/keluarga yang benar-benar memerlukan dan mempunyai kekangan untuk mendapatkan bantuan seperti tidak mempunyai kenderaan boleh terus menghubungi pihak Tawau Prihatin melalui Facebook Tawau Prihatin.
Facebook: Tawau Prihatin
Bagi individu yang ingin
bersama-sama membantu boleh terus pergi ke rak Tawau Food Bank yang disediakan
di sebuah lot kedai berdekatan Bataras Hypermarket untukk meletakkan apa-apa
barangan keperluan yang mahu disumbangkan.
![]() |
| Orang ramai tanpa mengira agama dan bangsa turut sama menyumbang bekalan makanan untuk Rak Tawau Food Bank |
Untuk makluman, Tawau Food bank dibuka setiap hari untuk apa-apa sumbangan yang berkaitan dan hanya hari tertentu untuk agihan iaitu hari Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja. Oleh itu, sesiapa yang benar-benar memerlukan bolehlah pergi mendapatkan bantuan pada hari yang ditetapkan.
Sumber: Facebook Tawau Prihatin.









Post a Comment
0 Comments