Tragedi Tawau ~ 34 nyawa terkorban semasa letupan Pesawat Fokker 50 di Lapangan Terbang Tawau
Pada 15 September 1995, sekitar 12.55
tengah hari, suasana di Lapangan Terbang Tawau, Sabah kecoh dan menggemparkan seluruh
penduduk.
Satu peristiwa hitam berlaku apabila Pesawat Fokker 50 Penerbangan Malaysia (MAS) yang berlepas dari Kota Kinabalu dan mendarat di Lapangan Terbang Tawau, terbabas arah sehingga merempuh kira-kira 20 rumah setinggan di Kampung Seri Menanti yang terletak di hujung landasan.
Tanpa diduga satu letupan kuat kedengaran dan api kelihatan di bahagian depan pesawat.
Penumpang-penumpang
pesawat menjerit panik dan meminta diselamatkan. Namun api menjulang tinggi dan membakar
keseluruhan badan pesawat beserta rumah penduduk berhampiran lokasi nahas.
Pada 1.06 petang, bomba dan penyelamat
menerima laporan dan mereka bergegas ke tempat kejadian untuk memadam api
kebakaran dan menyelamatkan mangsa. Mayat
pertama dikeluarkan daripada bangkai pesawat pada jam 2.50 petang.
Seramai 34 penumpang terkorban, 19 terselamat
Kejadian yang menyayat hati ini melibatkan seramai 53 orang penumpang pesawat. Seramai 34 penumpang di dalam pesawat berkenaan rentung terkorban manakala seorang penumpang masih belum ditemui. Bagaimanapun, 19 orang penumpang terselamat apabila mereka sempat bergegas keluar menerusi pintu kecemasan.
Saudara Mukaram M Jamin yang merupakan
penduduk Seri Menanti, menceritakan pengalamannya di Mingguan Wanita:
Kesan kebakaran ini sangat mendalam. Malah ada yang sudah fobia kerana kerana masih terbayang-bayang mayat yang mengeras dalam kebakaran. Ada penumpang kapal yang terbaring dan duduk, bahkan ada juga penduduk kampung (orang tua) yang bukan mati kerana terkena api, malah kerana terkejut dan serangan jantung. Haiwan ternak, ayam, kambing jangan cakap lah. Merata!
Kemudian pula, dihantui dengan cerita-cerita mistik dan meyeramkan. Ada yang mendakwa melihat susuk tubuh berjalan mundar mandir di waktu Maghrib di tapak kebakaran. Seram!
Sewaktu kejadian tersebut, saudara
Mukaram masih di sekolah rendah dan kejadian itu membuatkan emosinya
bercampur-campur.
Didapati kejadian ini berlaku sebaik
sahaja pesawat mendarat, pesawat itu terus terbabas dan meluncur melampau jarak
pendaratan kerana landasan pendek.
Belangsukawa untuk para korban nahas
Pesawat Fokker 50 dan juga penduduk Sri Menanti. Al-Fatihah.
Sumber: Mingguan Wanita, Berita Harian & Facebook
Post a Comment
0 Comments