5 Tempat Hiking di Tawau Yang Anda Wajib Cuba!
Selepas syarat PKPB dilonggarkan, ramai yang mula keluar rumah untuk melepas gian membuat aktiviti lasak. Antara aktiviti yang diminati oleh warga Tawau, pastinya HIKING!
Yang tidak biasa hiking pun ikut hiking disebabkan di Tawau terdapat banyak
bukit yang cantik-cantik trail dan puncaknya untuk kita lawati.
1. Bukit Akar
Yang sukakan cabaran, bolehlah cuba mendaki Bukit Akar. Laluan ke puncak bukit berakar-akar besar dan ini amat mencabar stamina para hikers.
2. Bukit King Kong
Dahulu, bukit ini
dikenali sebagai Bukit Jamur yang teletak di Batu Payung.
Puncak di Bukit
King Kong menjanjikan pemandangan yang indah dengan hamparan hutan simpan yang
ada disekitarnya.
3. Bukit Cinta
Kenapa nama
bukit ni Bukit Cinta? Itu kurang pasti, yang pasti view dari atas sangatlah memukau. Apabila tiba di puncak, terlihat laut terdampar luas di
hadapan anda.
Bukit ini
terletak di Simpang Jalan Haji Yunus Batu Payung Tawau dan mengambil perjalanan 17.9km kira-kira 25
minit perjalanan dari Bandar Tawau. Bukit ini juga mempunyai ketinggian 276
meter dari aras laut.
4. Bukit
Panchang
Bukan orang Tawau-lah kalau tidak kenal Bukit Panchang kan? Bukit Panchang adalah salah satu bukit yang terkenal di Tawau.
Yang menjadi
tarikan adalah di atas puncak, anda akan dapat melihat satu Bandar Tawau. Wajib
laa naik Bukit Panchang ni kalau kamu memang hikers.
Bukit ini juga dikenali sebagai Bukit Kinabutan terletak di Batu 6 Jalan Apas Tawau, Ia memiliki ketinggian 393m dari aras laut.
5. Bukit Li Man
Kui
Boleh dikatakan bukit ini paling santai, sebab apa? Kerana laluannya tidak begitu mencabar seperti bukit yang lain. Yang baru belajar mau hiking, boleh cuba Bukit Li Man Kui dulu, sesuai untuk beginner.
Katanya juga, laluannya ada dua, ada track yang dekat, 10 minit pun boleh sampai, ada juga track yang jauh.
Bukit Li Man Kui
terletak di Mile 5, Jalan Sin Onn kawasan ini merupakan kawasan tanah
persendirian jadi semestinya free. Sepanjang perjalanan banyak pemandangan
kelapa sawit dan ramai kaum berbangsa cina berjogging di sini .
Jadi guys, pernah sudah kamu naik semua bukit
ni? Kalau belum, ini kalilah kamu cuba yaa! Ngam-ngam cuti hujung tahun.
Sumber: Facebook Nurimah Binti Salleh, Vava Vroo, Nur Fathiha & Blog Unni Anje
Post a Comment
0 Comments