Beli Online
Usaha Pemulihan Industri Penerbangan, Keperluan Khidmat Kargo Udara Meningkat

Kuala Lumpur: Pengerusi Eksekutif MAVCOM, Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata, pemulihan industri penerbangan akan mengambil masa, namun didalam kekurangan tersebut, terdapat ruang untuk pertumbuhan daripada segmen kargo. Hal ini berlaku berikutan peningkatan kadar permohonan Hak Trafik Udara (ATR) kepada 233 peratus pada suku keempat yang berakhir 31 Disember 2020.
Apa itu ATR?
Hak Trafik Udara (ATR) merupakan sijil yang diperlukan bagi mana-mana syarikat penerbangan di Malaysia yang membuat perkhidmatan pengangkutan udara atau menggunakan mana-mana pesawat untuk mengangkut penumpang, mel atau kargo untuk tujuan sewa atau upah secara perkhidmatan penerbangan berjadual di antara dua lokasi atau lebih dengan sekurang-kurangnya salah satu daripadanya. Sijil ini di anugerahkan oleh MAVCOM iaitu Suruhanjaya Penerbangan Malaysia.Kelulusan ATR
Terdapat beberapa pecahan kelulusan ATRATR Mengikut Negara Antarabangsa
- China (Satu destinasi)
- Eropah (Datu destinasi)
- India (Dua destinasi)
- Asia (Enam destinasi)
- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (17 penerbangan)
- Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (6 penerbangan)
- Lapangan Terbang Kota Kinabalu (5 penerbangan)
- Lapangan Terbang Domestik Lain (12 penerbangan)
- Malaysia Airlines Bhd (11 ATR)
- AirAsia Group (10 ATR)
- MyJet Xpress Airlines Sdn Bhd (9 ATR)
- Raya Airways Sdn Bhd (6 ATR)
- Fly Firefly Sdn Bhd (4 ATR)
Post a Comment
0 Comments