Golongan Muslim Yang Tamak Dalam Kehidupan ~ Ustaz Muhamad Nazran Baba
Firman Allah SWT Dalam Surah Al-Baqarah Ayat 96
Allah swt berfirman, “Wahai
Muhammad, sesungguhnya engkau akan mendapati bahawa akan datang sekelompak
manusia (orang islam) yang merupakan golongan setamak-tamak manusia melebihi
tamaknya orang musyrik yang tidak beriman kepada Allah.
Tamaknya golongan ini kerana
mereka menginginkan kehidupan yang panjang sehingga seribu tahun. Sedangkan
umur yang panjang itu belum pasti dapat menyelamatkan mereka daripada azab
siksaan api neraka Allah s.w.t.
Sesungguhnya Allah itu Maha
melihat dan Maha mendengar tentang apa yang mereka kerjakan.
Hadis Nabi Berkenaan Golongan Para Anbia
Tidak ada di kalangan Nabi (124 ribu Nabi) yang diutuskan kepada Allah, tidak ada seorang pun daripada mereka yang
tidak dicabutkan nyawa mereka sebelum diberikan dua perkara kepada mereka.
Yang pertama, diperlihatkan
tempat untuk mereka di dalam syurga. Kedua, malaikat maut akan datang kepada
mereka untuk memberikan dua perkara sama ada mahu diteruskan kehidupan atau
bertemu dengan Allah SWT.
Tetapi tidak ada seorang pun Nabi
dan Rasul yang ingin dipanjangkan lagi usia mereka melainkan kesemua para nabi
dan rasul bercita-cita untuk bertemu dengan Allah SWT. Keistimewaan ini
hanyalah mutlak diberikan kepada para nabi dan rasul sahaja.
Jika pilihan ini diberi kepada
manusia biasa nescaya tidak ada orang yang mati dan semua mempunyai umur yang panjang
kerana sudah fitrah manusia menginginkan umur yang panjang.
Dua Keinginan Manusia Yang Semakin Meningkat Ketika Semakin Tua
Nabi Muhammad SAW berkata, semakin meningkat usia anak Adam ini semkain meningkat juga keinginan berada dalam jiwanya. Semakin meningkat umur itu maka semakin meningkat juga dua keinginan dalam jiwanya iaitu yang pertama,
- Cintakan harta
- Umur yang Panjang
Jika seorang manusia itu
mempunyai harta dua gunung emas maka dia ingin lagi gunung emas yang ketiga.
Sifat manusia ini tidak pernah merasa puas dan tidak bersyukur dengan apa yang
mereka miliki. Begitu juga dengan umur, manusia sering berdoa untuk dikurniakan
umur yang panjang tetapi tidak ramai yang berdoa untuk dipanjangkan umur untuk
lebih bertakwa dan beriman kepada Allah SWT.
Golongan Manusia Yang Paling Baik Dan Yang Paling Buruk.
Nabi Muhammad pernah ditanya oleh
seorang lelaki, “Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling baik? Jawab
Rasulullah, “Manusia yang paling baik adalah mereka yang panjang umurnya dan
baik juga amalannya”.
Lelaki itu bertanya lagi, “Maka
apa pula sebaliknya manusia yang paling buruk ya Rasulullah? Kata Nabi,
“Seburuk-buruk manusia ialah panjang umurnya tetapi dalam masa yang sama umur
yang panjang dipenuhi dengan perkara-perkara yang mendatangkan dosa daripada
Allah Swt.
Kesimpulan
Dalam kehidupan, kita hendaklah
sentiasa meletakkan Allah yang pertama dalam setiap urusan kita di dunia. Orang
yang sentiasa meletakkan Allah dalam hatinya, nescaya Allah akan memberikan
jalan keluar untuk setiap masalah yang dihadapinya.
Maka, kunci kejayaan dalam
kehidupan kita sebagai manusia adalah dengan meletakkan Allah di tempat yang
teratas di dalam hati kita. Setiap urusan kita, jangan ditinggalkan dan jangan
dilupakan dan sandarkan semua urusan kita kepada Allah SWT.
Allah SWT menegur dalam Hadis Qudsi,
“Wahai hambaku jangan kalian takut dengan kesempitan rezeki, kerana kekayaanku ini
seluas langit dan bumi. Kekayaanku ini tidak ada terbatasnya. Janganlah takut
dengan rezeki, Akulah yang memberikan rezeki. Jika kamu Redha denga napa yang
aku lakukan dengan perjalanan hidup kalian, Aku akan berikan kesenangan dalam
kehidupan dan tubuh badan kalian.
Inilah janji Allah kepada kita.
Maka marilah kita sandarkan kehidupan kita kepada Allah SWT. Semoga segala
urusan kita akan dilapangka dan diberikan keberkatan oleh Allah SWT.
Sumber : Channel Youtube Masjid Al-Kauthar Tawau
Post a Comment
0 Comments