CABUT PLAG BARANGAN ELEKTRONIK
JANGAN MEREDAH BANJIR ATAU RIBUT
Jangan sesekali memandu kenderaan mengharungi air banjir kerana ia boleh membahayakan nyawa anda serta merosakkan kenderaan anda.
Jika kenderaan anda terperangkap di dalam air banjir, keluar dan tinggalkan saja kenderaan anda sebelum paras air naik ke paras yang lebih tinggi. Nyawa lebih penting dari harta benda!
Tambahan pula, jangan sesekali cuba merentasi ribut atau air banjir kerana kadar penglihatan anda pada ketika itu sangat rendah. Anda mungkin boleh terjerumus ke dalam parit, longkang, lubang dan sebagainya.
Anda juga perlu mengenal pasti kawasan yang lebih tinggi di sekitar anda dan tahu laluan pantas untuk keluar dari kawasan yang ditenggelami banjir.
JANGAN DEKAT DENGAN TIANG DAN PENCAWANG ELEKTRIK
Jangan sesekali berada dekat dengan tiang atau pencawang elektrik kerana anda boleh terkena renjatan. Jika anda melihat seseorang rebah akibat terkena renjatan, jangan segera mendekati dan menyentuh mangsa tanpa memikirkan tentang risiko persekitaran terlebih dahulu.
Niat anda mungkin mulia kerana hendak mebantu, tetapi anda terlupa bhawa membantu tanpa pengetahun dan kemahiran, boleh menyebabkan anda juga menjadi mangsa seterusnya!
Sebaik-baiknya, jaga jarak anda dan hubungi talian kecemasan dengan segera.
Pastikan anda peka dengan arahan yang dikeluarkan oleh anggota keselamatan dan tahu lokasi pusat pemindahan sementara berdekatan anda.
Walau apapun, ada dalam kalangan kita yang masih perlu pergi ke tujuan tertentu meskipun dalam musim hujan ini.
Kerja, kuliah, urusan pentingh melibatkan keluarga - semua itu memerlukan seseorang membuat perjalanan dari satu lokasi ke lokasi seterusnya.
Sebaik-baiknya, rancang perjalanan tersebut dengan mengambil kira faktor cuaca, mengenal pasti laluan perjalanan yang berisiko (mungkin ditenggelami banjir), dan masa yang diperlukan untuk sampai ke destinasi tersebut.
Selain boleh menggunakan sistem pengangkutan awam, seseorang yang menaiki kereta persendirian juga perlu memahami selok-belok rangkaian jalan raya dan akses keluar dari zon berisiko.
Bagi yang terpaksa juga menaiki motosikal, elakkan berhenti berteduh di bawah jejambat tetapi meninggalkan motosikal di laluan kiri jalan raya hingga mengganggu kelancaran trafik.
Pilih tempat hentian yang lebih selamat, termasuk yang disediakan khas di bahu jalan yang berjarak selamat.
Jom kita jadi pintar bersama! Semoga kita semua terhindar daripada sebarang perkara yang tidak diingini.
Post a Comment
0 Comments